OPR, Pengangguran dan SME: Prospek Malaysia 2021

Kadar pengangguran di Malaysia kini telah mencapai kadar 5.1% buat pertama kalinya dalam 30 tahun. Kadar ini lebih tinggi berbanding kadar pra-pandemik yang hanya berada dalam sekitar purata 3%. Kenaikan kadar pengangguran ini boleh dikaitkan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Apakah kesan pelaksanaan PKP ini terhadap perniagaan khusunya SME yang merangkumi 48.4% pekerjaan di Malaysia? Apakah dasar dan inisiatif yang wajar dilakukan untuk mengurangkan kadar pengangguran dengan secepat mungkin? Bagaimanakah gandingan dasar fiskal dan dasar monetari boleh menangani masalah ini?
Ikuti forum maya anjuran pihak IRDP di mana para panelis kami akan mengupas topik ini dengan lebih lanjut di LIVE Facebook kami pada:
11 Mac 2021 (Khamis)
8.30 pm – 10.00 pm
Panelis:
Dr Syed Marwan (Penolong Profesor, IIiBF)
Farhana Roslan (Pelajar Sarjana, Havard Kennedy School of Government)
Sheikh Khuzaifah (CEO, KZ Management Advisory)
Anjuran Institute for Research & Development of Policy (IRDP)

The event is finished.

Leave a Reply

Your email address will not be published.