|

Sidang parlimen di Malaysia menyaksikan pelbagai insiden penting dan mengejutkan selepas fasa transisi kerajaan dan pandemik COVID-19. Perkara ini bermula dengan penangguhan sesi parlimen pada 9 Mac 2020 kepada 18 Mei 2020 atas arahan perdana menteri yang baru pada ketika itu. Sidang parlimen 18 Mei juga mendapat perhatian apabila persidangan ini hanya dilakukan selama satu hari bagi urusan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong kerana kes COVID-19 yang meningkat pada masa ini. Sidang ini juga adalah sidang pertama yang memerlukan semua ahli parlimen melakukan swab test dan melakukan penjarakan fizikal di dalam sidang dewan rakyat.

Persidangan parlimen disambung semula pada 1 Ogos 2020 dengan penambahan penghadang lutsinar sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan jangkitan COVID-19. Persidangan seterusnya pada 5 November ditambah lagi dengan operasi baharu dengan hanya menghadkan 80 orang ahli parlimen yang dibenarkan berada di dalam Dewan Rakyat dan persidangan hanya sehingga jam 2 petang.

Pada 12 Januari 2021, Malaysia digemparkan dengan Pengisytiharan Proklamasi Darurat 2021 sehingga Ogos 2021. Dengan proklamasi ini, sidang parlimen digantung sepenuhnya sehingga tamat proklamasi darurat. Walaupun perkara ini menjadi kontroversi setelah Yang di-Pertuan Agong membenarkan untuk parlimen bersidang, kerajaan hari ini masih tiada sebarang usaha untuk membuka semula sidang parlimen sepanjang tempoh darurat.

Mari kita lihat praktis sidang parlimen dalam fasa pandemik pada 10 negara terpilih di bawah:

1. Singapura

Persidangan Parlimen ke-13 di Singapura berjalan lancar sepanjang pandemik dengan mengambil kira norma baharu dengan penjarakan fizikal dan pemakaian topeng muka. Pada 23 Jun 2020, Parlimen ke-13 telah dibubarkan dan pilihan raya telah dijalankan pada 10 Julai 2020. Parlimen ke-14 dibentuk yang terdiri daripada 93 ahli parlimen kawasan dan 2 ahli parlimen lantikan yang telah mengangkat sumpah pada 24 Ogos 2020.

Sebagai langkah membendung pandemik COVID-19, Parlimen ke-14 bersidang buat pertama kalinya dijalankan serentak di dua tempat berbeza iaitu di Parliament House dan The Arts House untuk memastikan ahli parlimen dapat bersidang dengan risiko penyebaran virus COVID-19 yang minima. Oleh kerana kes aktif COVID-19 terkini pada kadar bawah 200, sidang parlimen terus berlangsung tanpa sebarang penangguhan.

2. Australia

Australia bermula dengan persidangan pada 23 Mac 2020 bagi melonggarkan perintah tetap untuk meluluskan sebarang undang-undang hanya dengan majoriti mudah. Bermula 10-18 Jun 2020, kedua-dua sidang bersidang dengan kehadiran penuh. Pada 2 Julai 2020, parlimen Australia telah dibuka semula kepada orang awam tertakluk pada langkah-langkah pencegahan virus COVID-19.

Bermula 18 Julai 2020, sidang parlimen Australia ditangguhkan selama dua minggu akibat kenaikan kes COVID-19 di negara itu. Setakat 18 Mac 2021, sidang parlimen Australia masih lagi berjalan seperti biasa tanpa sebarang penangguhan.

3. Filipina

Sidang parlimen di Filipina diteruskan secara hibrid dengan kombinasi secara maya dan fizikal bermula 23 Mac 2020 untuk meluluskan Rang Undang-undang yang penting bagi membendung penularan COVID-19. Bermula 4 Mei 2020, hanya seramai 25 orang ahli parlimen dibenarkan berada secara fizikal di dewan persidangan. Selebihnya hanya hadir secara sidang televideo. 

Yang menariknya, parlimen juga menyediakan panduan untuk mengambil kedatangan dan undian menggunakan teknologi televideo dan teknologi-teknologi lain seperti telefon dan aplikasi permesejan. Medium utama televideo yang digunakan adalah Zoom Cloud Meeting dan Viber serta akaun Gmail rasmi untuk urusan penghantaran dokumen. Dalam keadaan kes COVID-19 masih berada di paras lebih 50,000 kes aktif, parlimen di Filipina masih bersidang secara hibrid.

4. Estonia

Estonia merupakan salah satu negara yang melancarakan darurat di negara mereka. Akan tetapi, proklamasi darurat di Estonia tidak menjejaskan sidang parlimen seperti di Malaysia. Sehingga 1 Mei 2020, parlimen Estonia hanya bersidang untuk mebincangkan perkara-perkara penting. Mereka hanya bersidang pada hari Isnin dan Rabu.

Bermula 20 Mei 2020, parlimen Estonia telah meminda perintah tetap parlimen bagi membolehkan parlimen dijalankan secara maya. Sehingga kini, praktis ini masih lagi digunakan dalam keadaan kes aktif berada di paras lebih 20,000.

5. Afghanistan

The Wolesi Jirga atau House of People merupakan nama sidang dewan rakyat di Afganistan. Sidang parlimen di Afganistan diperketatkan akibat penularan wabak COVID-19. Walaubagaimanapun, sidang dewan di sana berjumpa secara fizikal dengan penjarakan fizikal dan bekerja dari rumah bagi kakitangan parlimen. Dengan mempunyai 248 ahli parlimen, jarak fizikal dilakukan dengan mengadakan sidang di dewan yang boleh memuatkan 500 orang.

Pada 2 Mei 2020, kedua-dua sidang parlimen dikuarantin selama 3 minggu akibat kenaikan kes COVID-19 yang tidak terkawal. Terkini, persidangan parlimen berjalan seperti biasa malah penjarakan sosial juga tidak kelihatan jika dilihat di laman YouTube Wolesi Jirga meskipun kes aktif mereka masih di paras melebihi 3,000.

6. Brazil

Selepas 6 hari WHO mengisytiharkan wabak coronavirus sebagai pandemik pada Mac 2020, Dewan Parlimen Brazil telah bertindak progresif dengan membenarkan ahli parlimen untuk bersidang secara maya dan juga mengundi secara atas talian.

Bagi memastikan proses persidangan berjalan dengan lancar dan telus, kerajaan Brazil menggunakan aplikasi “Infoleg” yang telah dilancarkan pada 2016 yang asalnya bertujuan untuk masyarakat awam mengikuti dan mendapatkan maklumat tentang Parlimen mereka.

Aplikasi ini telah dikemaskini dengan ciri khas yang baru yang membolehkan ahli parlimen mendaftarkan kehadiran mereka dan mengundi secara maya. Dengan ini, setiap fasa dalam proses perundangan, termasuk Rang Undang-Undang yang sedang dibentangkan, pindaan, dan juga keputusan undian di Parlimen dapat disempurnakan tanpa perlu bersidang secara fizikal. 

Bagi mengelakkan sebarang keraguan ataupun spekulasi, ahli parlimen menggunakan external videoconferencing system untuk bersidang dan sistem khas untuk mendaftarkan kehadiran dan mengundi pula di kendalikan sepenuhnya oleh House’s internal digital services.

7. United Kingdom

Sejak Mei, Parlimen di United Kingdom telah beroperasi secara hybrid di mana bilangan ahli parlimen yang dibolehkan mengambil bahagian dalam persidangan fizikal telah dihadkan kepada 40-50 orang sahaja pada satu-satu masa sementara ahli yang lain dibenarkan mengambil bahagian secara maya melalui sidang video Zoom.

Selain itu, aplikasi ParliamentNow juga telah diperkenalkan sejak Mac 2021 yang membolehkan ahli parlimen yang mengambil bahagian secara maya untuk mengundi. Sistem yang digunakan memerlukan multi-factor authentication dan menggunakan teknologi pengecaman wajah bagi memudahkan proses pengesahan undi sekaligus memastikan proses pengundian dilakukan secara telus.

8. New Zealand

New Zealand telah menubuhkan Epidemic Response Committee untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan kerajaan mengenai wabak COVID-19. 

Jawatankuasa yang dianggotai oleh 11 orang dan enam daripadanya adalah anggota Pembangkang ini bertindak sebagai ejen semak dan imbang kepada pihak Kerajaan dalam menangani COVID-19 ini. 

Untuk ‘plenary session, ahli Dewan telah bersetuju untuk membenarkan ‘proxy vote’ yang bermakna undian boleh dibuat dan diwakili oleh ahli parti bagi mengurangkan quorum dalam sesebuah sesi. Oleh kerana, sesi Parlimen telah dihadkan, pihak yang tidak berada dalam komponen kerajaan juga diberi peluang untuk mengajukan pertanyaan menerusi pertanyaan lisan dan bertulis kepada menteri yang terlibat. Pada masa yang sama, Jawatankuasa juga dibenarkan untuk mengadakan meeting secara maya.

9. Greece

Greek Parlimen telah memutuskan untuk mengubah suai operasinya dimana Jawatankuasa Tetap hanya bermesyuarat apabila perlu sahaja dan secara jarak jauh. 

Selain itu, bagi ‘plenary sessions’, rang undang-undang dibentangkan dan ‘the floor is given only for half of the time provided by the Standing Orders (Rules of Procedure)’. Bagi sesi pengundian pula, ahli parlimen akan ke ‘Plenary room’ seorang demi seorang bagi mengelakkan kesesakan dan meminimakan interaksi langsung antara satu sama lain (direct contact).

Dan kini, sesi parlimen juga telah dibuat secara hybrid dengan encryption and interface configuration mengikut keperluan Greek Parlimen dan pengundian juga boleh dibuat secara pos.

10. Sweden

Pentadbiran RIksdag mengambil beberapa langkah seiring dengan perkembangan wabak COVID-19 di Sweden.

Pertamanya, pemimpin bagi setiap parti telah sebulat suara bersetuju bahawa hanya ahli dan menteri yang mengambil bahagian sahaja harus hadir di Dewan semasa perbahasan dan mesyuarat secara jarak jauh menerusi Microsoft Teams atau Skype dibenarkan. Ini bagi mengurangkan ‘quorum’ di Dewan Parlimen. Ahli-ahli Dewan yang hadir juga boleh duduk di mana yang bersesuaian bagi memastikan jarak antara satu sama lain mematuhi panduan yang telah ditetapkan.

Selain itu, pemimpin bagi setiap parti juga telah bersetuju supaya hanya 55 daripada 349 ahli sahaja yang akan hadir bagi sesi pengundian di Dewan. Di mana sebelum sesi pengundian, parti masing-masing akan memutuskan ahli dewan yang perlu hadir untuk mengundi. 

Rujukan

  1. https://www.ipu.org/country-compilation-parliamentary-responses-pandemic
  2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/750221/sidang-sampai-2-petang-hanya-80-ahli-parlimen-dalam-dewan-rakyat
  3. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/717414/penghadang-lutsinar-tetapkan-jarak-fizikal-ahli-parlimen
  4. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689985/covid-19-batasi-sidang-parlimen-18-mei
  5. https://www.parliament.gov.sg/newsroom/speaker’s-blog/details/from-the-chair-reflections-for-2020
  6. https://www.riigikogu.ee/en/press-releases/plenary-assembly/riigikogu-legalised-holding-plenary-sittings-remote-attendance/
  7. https://www.cbc.ca/news/politics/house-of-commons-voting-app-1.5940723
  8. https://www.worldometers.info/coronavirus/

Versi Infografik