Tentang Kami

Institut Kajian Dasar dan Pembangunan Polisi (IRDP) adalah sebuah badan pemikir bebas yang bertapak di Kuala Lumpur.

Kami berdedikasi untuk menyediakan kajian berteraskan bukti dan ke arah implementasi polisi yang dapat membantu membangunkan Malaysia yang lestari, makmur dan saksama

Pemegang taruh terbesar kami adalah semua individu.

PROGRAM KAJIAN

Program kajian dan diskusi di IRDP dipandu oleh agenda utama kami dalam membina negara Malaysia yang lestari, saksama dan makmur.

Topik kajian kami merangkumi pendidikan, kesihatan, pertanian, jurang ketidaksamarataan dan pembangunan lestari.

Ini adalah aktiviti kami di IRDP:

  • Pembangunan dan Kajian Polisi
  • Penilaian Polisi
  • Advokasi Polisi
  • Tinjauan Awam
  • Sokongan Perundangan
  • Pengurusan Projek
  • Program Pembangunan Kapasiti

MISI

Sebagai badan pemikir awam, misi kami adalah untuk membantu kerajaan dan masyarakat Malaysia dalam membangunkan negara Malaysia yang lestari, makmur dan saksama.

Kami merealisasikan misi kami dengan:

Kajian - kajian kritikal terhadap cabaran dan peluang masa hadapan atau masa lampau untuk Malaysia, dan menyediakan solusi polisi yang praktikal dan berkualiti

Libat Urus - perbincangan berterusan dengan kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil dan masyarakat awam

Perlatihan - melatih bakat-bakat pemimpin muda yang mempunyai minda kritkal dan terlibat dalam pembinaan polisi

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

Lembaga Pemegang Amanah IRDP terdiri daripada individu-individu pelbagai bidang. Lembaga Pemegang Amanah bertanggungjawab dalam menetukan kepimpinan, integriti, kewangan dan kebebasan ilmiah.

Lembaga Pemegang Amanah kami:

  • Datin Paduka Che Asmah Ibrahim

  • YB Datuk Dr Hasan Bahrom

  • Encik Akmal Amri

PENGGERAK UTAMA

IRDP menitik beratkan kepelbagaian kepakaran, latar belakang dan identiti kendiri. Kami didokong oleh kumpulan individu yang mempunyai pelbagai pengalaman terdiri daripada golongan profesional, akademia dan pelatih daripada pelbagai bidang:

  • Ketua Pegawai Eksekutif - Mohd Akmal

  • Ketua Pegawai Kewangan - Sheikh Khuzaifah

  • Pegawai Advokasi Kanan - Ammar Atan

  • Pegawai Advokasi - Zati Hanani Zainol Abidin

  • Pegawai Advokasi - Fatihah Salahuddin

  • Research Officer – Athirah Mohamad

  • Pegawai Penyelidik - Ming Yang

  • Pegawai Penyelidik dan Kandungan - Yusri Yusoff

  • Pegawai Perhubungan - Puteri Sofea

Majlis Felo

Kami disokong oleh sekumpulan pakar, akademia dan pemimpin masyarakat yang telah melakar nama di medan masing-masing. Fellow kami menjadi penasihat dalam penyelidikan, projek dan program kami berdasarkan kepakaran masing-masing untuk membantu kami membina Malaysia yang lestari, saksama dan mampan.

Fungsi & Peranan

  • Membimbing penyelidikan kepada penyelidikan dan projek advokasi
  • Menambah nilai kepada projek kami
  • Meluaskan rangkaian kami kepada akademia, perkhidmatan awam dan industri

The Ranting Room - R²

Penggambaran. Bilik Putih. Wawancara. Forum Langsung. Kami menyediakan servis sewaan studio untuk acara maya. 

Emel [email protected] untuk pertanyaan.